Ada apa pada nama “babi” kalau bukan kerana sifat dan fizikalnya. Begitu juga dengan istilah “membabi buta” jika bukan kerana kelakuan menggelabah dan panik tanpa keruan. Senario ini lah yang perlu ditanggani dengan berhemah dan bijaksana.
Berbalik kepada masalah perang mulut atau perang dingin di negeri Kedah di antara Ustaz Azizan (PAS) dan Thomas Su (DAP) berkaitan kerja-kerja meroboh pusat penyembelihan babi. Pokok pangkalnya ialah toleransi dan saling menghormati sensitivitif masyarakat setempat.
Kalau dikaji kewujudan pusat penyembelihan babi tersebut ianya terletak di tengah-tengah kawasan perumahan dan perniagaan di mana segala macam pencemaran telah berlaku. Bermula daripada bau busuk najis hinggalah kepada kaedah pelupusan sisa sembelihan babi.
Sepatutnya DAP perlu peka dan sensitif terhadap kewujudan pusat penyembelihan babi, bukan melatah dengan tindakan kerajaan Kedah dan membangkang membabi buta terhadap tindakan PBT meroboh pusat tersebut. Ini kerana terdapat perlanggaran undang-undang oleh pemilik yang tidak mematuhi keperluan dan kehendak PBT seperti berikut :
Kesalahan Pertama – Pemilik pusat penyembelihan telah membina binaan struktur bangunan secara HARAM tanpa mendapatkan Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Jabatan Perancang Bandar, PBT.
Kesalahan Kedua – Pemilik pusat penyembelihan telah gagal menyediakan sistem kawalan enapan (effluent) seperti najis dan sisa sembelihan di sekitar kawasan. Ia akan menyebabkan timbulnya masalah pencemaran bau dan pencemaran air.
Kesalahan Ketiga – Pemilik pusat penyembelihan tidak pernah membayar cukai taksiran dan lesen perniagaan kepada PBT semenjak kewujudannya iaitu melebohi 10 tahun. Bukan lesen bela babi yang kena bayar, tetapi lesen atau permit operasi kepada Jabatan Perbendaharaan, PBT.
Berdasarkan kepada perlanggaran undang-undang ini, adalah rasional kepada pihak PBT mengambil tindakan meroboh pusat penyembelihan babi demi kemaslahatan umum.
Undang-undang tetap undang-undang, bahkan jika masjid sekalipun sekiranya dibina secara HARAM ia tetap akan dirobohkan kerana ianya sudah termaktub di dalam peraturan.
“RENUNG-RENUNG BERSAMA………..”