APAKAH PENGERTIAN DI SEBALIK SIMBOL SINGA JUDAH?


Raja Rimba

Logo yang mempunyai wajah singa merupakan logo yang sangat popular. Kita boleh melihat logo berwajah singa di mana-mana sahaja sama ada di televisyen atau di sekeliling kita. Logo berwajah singa paling banyak digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan, kelab dan syarikat di Negara barat. Logo singa ini sebenarnya bermula dari Negara Barat. Ramai yang tidak mengetahui bahawa simbol singa diperkenalkan oleh orang-orang Yahudi dan ia merebak terlalu banyak di seluruh dunia termasuklah Malaysia sehingga orang Islam sendiri merasa serasi dengannya.

Di Malaysia, singa popular di dalam cerita kanak-kanak dan diberi nama Raja Rimba dalam sesetengah cerita. Kebiasaanya watak singa boleh didapati pada versi cerita sang kancil. Agak menghairankan juga apabila singa dijadikan watak utama bagi sesetengah cerita kanak-kanak sedangkan singa tidak terdapat di Malaysia melainkan hanya di Afrika sahaja.

Singa Judah Dan Yahudi

Bani Israel menganggap watak singa adalah lambang keberanian kepada anak Nabi Yaakub iaitu JUDAH bin YAAKUB. Singa diambil sebagai SIMBOL KEBERANIAN Judah kerana sifat singa yang garang, ngauman yang kuat dan tangkas. Merujuk kepada LAGENDA BANI ISRAEL, pada zaman dahulu singa telah menjadi pengawal di pintu-pintu kuil Yahudi atau Holy Ark yang terletak di Saids, Bara’am dan Horizin (Palestin).

Simbol singa amat mendalam dan bermakna kepada Bani Israel dalam seluruh kehidupan mereka. Simbol singa dipuja sehingga ia dianggap sebagai kewajipan dalam upacara keagamaan. Budaya ini berlaku sehingga sekarang. Semua orang Yahudi menganggap bahawa SINGA adalah lambang bagi keturunan JUDAH.

Selain itu, singa Judah juga mempengaruhi masyarakat Yahudi di dalam penentuan simbol tarikh-tarikh kelahiran. Di dalam sistem kalender Yahudi malah Gregarion sekalipun, kita boleh melihat berbagai jenis bintang bagi melambangkan sifat kelahiran seseorang seperti Leo, Scorpio, Taurus dan Aquarus.

Pengaruh Singa Judah Dalam Masyarakat Moden

Lagenda Bani Israel

Dimanakah anda boleh melihat gambar singa ini? Ianya boleh dilihat di mana-mana sama ada di televisyen, buku majalah, surat khabar ataau bendera. Atau mungkin anda sendiri merupakan salah seorang peminat singa ini tanpa disedari? Kini masyarakat moden sudah terbiasa dengan gambar-gambar singa yang dijadikan logo, simbol atau watak dalam sesuatu organisasi atau cerita. Keterbiasaan ini mungkin disebabkan sudah terlalu banyak gambar-gambar singa yang dilihat setiap hari sehingga kita tidak lagi memperdulikan apakah PENGERTIAN cerita di sebalik gambar singa itu.

Ini berbeza dengan masyarakat Yahudi, mereka dengan apa cara sekalipun akan sentiasa mengaplikasikan sebarang elemen yang terdapat dalam agama mereka. Malah mereka amat konsistan dalam membentuk pengaruh tersebut khususnya objek SINGA JUDAH ini. Di antara contohnya syarikat, organisasi, sukan dan pengaruh dalam kehidupan seharian kita ialah :

Metro-Goldwyn-Mayer (MGM)

MGM – Syarikat perfileman terkenal di Hollywood

Syarikat perfilemen yang terbesar di Hollywood yang menggunakan gambar singa mengaum sebelum sesebuah filem itu bermula sama ada di televisyen, DVD atau panggung wayang. MGM memilih singa sebagai MASKOT syarikat kerana tiga orang pengasasnya adalah berbangsa Yahudi.

Syarikat ini ditubuhkan pada 1924 oleh Marcus Loew apabila beliau berjaya mengambil-alih tiga nama syarikat perfileman di Hollywood iaitu Metro Pictures, Goldywn Pictures Corparation dan Louis B. Mayer Pictures. Setelah mengambil-alih, ketiga-tiga nama syarikat itu digabungkan mejadi satu syarikat yang dikenali sebagai Metro-Goldywn-Mayer.

English Premier League (EPL)

EPL – Semua Kelab Bola Sepak dikuasai oleh Pelobi Yahudi

English Premier League atau lebih dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris merupakan pertandingan bola sepak paling berprestij setakat ini. Dengan keahlian sebanyak 20 kelab ternama, EPL telah menguasai seluruh siaran televisyen dunia tanpa henti sejak ia mula diperkenalkan pada 20 Februari 1992.  

Peminat-peminat EPL sudah tidak asing lagi dengan logo gambar singa memakai mahkota sambil memijak bola yang sentiasa terpampang di televisyen sebelum perlawanan bermula. Simbol singa pada logo EPL ini dipercayai adalah singa Judah yang menggambarkan bahawa semua kelab-kelab di bawah EPL dan EPL sendiri adalah dikuasai oleh PELOBI-PELOBI YAHUDI. Kini kejohanan liga Inggeris ini telah ditaja oleh Barclays bermula tahun 2004 sehinggalah sekarang.

Lion Club International (LCI)

LCI – Kelab persendirian yang dipercayai memberi dana kepada Zionis

Lion Club International (LCI) adalah antara kelab persendirian yang paling ramai ahlinya. Pada masa ini LCI dianggarkan mempunyai lebih 1.4 juta ahli serta 44,500 cawangan di 203 negara seluruh dunia. Kelab ini diasaskan oleh Melvin Jones berbangsa Yahudi pada 1917 di Amerika Syarikat. Matlamat penubuhannya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada ahli-ahlinya dari segala sudut terutamnya dalam usaha membangunkan keupayaan komuniti. Misalnya membantu masyarakat miskin, khidmat perubatan percuma dan bantuan ubat-ubatan.

Pada 2 Februari 2009, Pengerusi Forum Ulama Rakyat di Indonesia iaitu Atian Muhamad Dai telah mendesak Presiden Bambang Susilo supaya mengharamkan penyertaan umat Islam di dalam Rotary Club dan Lion Club kerana dipercayai kedua-dua kelab ini memberikan sumbangan dana kepada gerakan zionis di seluruh dunia. Oleh sebab itu, amat dipercayai bahawa simbol singa yang digunakan pada Lion Club adalah simbol singa Judah yang diagung-agungkan oleh masyarakat yahudi. Di Malaysia, Lion Club telah berkembang pesat di seluruh semenanjung sejak ia ditubuhkan pada 18 Februari 1959.

Bintang Leo dalam Kalender

LEO – Bintang Singa merujuk kepada anak Nabi Yaakub iaitu Judah

Pengaruh singa Judah juga terdapat pada Kalender Gregorian yang sedang kita gunakan sekarang. Di dalam kalender, singa Judah dipanggil sebagai bintang Leo selain dari bintang-bintang lain seperti Aqurius, Scorpio dan Taurus. Salah satu kitab Judais (Agama bangsa Yahudi) yang bernama Midrash Pesikta Rabbati menyatakan bahawa BINTANG TAURUS yang terdapat di dalam kalender Gregorian merujuk kepada anak lembu yang disembelih oleh Nabi Ibrahim, BINTANG GEMINI merujuk kepada Nabi Yaakub dan abangnya Esau manakala BINTANG LEO merujuk kepada anak Nabi Yaakub iaitu Judah yang juga digelar oleh masyarakat Yahudi sebagai SINGA TUHAN

Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang memegang teguh kepada kitab al-Quran dan al-Haddis perlulah mengelak dari mencampur-adukkan amalan dan penggunaan tanda-tanda (simbol) yang terang-terang menggambarkan kekufuran. Mungkin suatu ketika dahulu kita NAIF dan kurang diberikan pendedahan berkaitan perkara ini. Kini dengan adanya kemudahan Media Internet kita boleh memberikan kesedaran dan maklumat kepada masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya berkenaan SIMBOL yang menjadi pegangan bangsa YAHUDI di dalam kehidupan seharian.  

About these ads

4 thoughts on “APAKAH PENGERTIAN DI SEBALIK SIMBOL SINGA JUDAH?

  1. Salam kunjungan, Assalamualaikum.

    Menarik artikel dalam blog saudara, tahniah. Semoga usaha saudara diberkati. Izinkan saya memetik mana2 bahagian dari artikel disini untuk di kembangkan sebagai bacaan pengunjung belog saya abatasa2.blogspot.com, Keizinan saudara amat saya hargai.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s