UMAT ISLAM IBARAT BUIH-BUIH DI LAUT : MUSLIM DEMOGRAPHICS IN EUROPE


Mungkin kita gah bercerita, Islam adalah agama yang mempunyai penganut teramai di dunia, iaitu lebih 1.7 bilion, atau 26 peratus daripada penduduk di muka bumi ini. Namun adakah kita semua sedar bahawa dunia Islam hanya menguasai 5.6 peratus daripada ekonomi dunia dan 10.5 peratus pasaran eksport dunia? Mungkin kita tidak sedar.

Barangkali kita perlu meneliti kembali apa yang disabdakan Nabi Muhammad SAW kira-kira 1,432 tahun lalu apabila Baginda ditanya oleh sahabat mengenai kekuatan umat Islam masa hadapan di mana Baginda menjawab bahawa umat Islam pada akhir zaman akan menjadi kaum majoriti di dunia, tetapi ianya tidak bererti dan tidak menakutkan musuh iaitu ibarat buih di laut seperti yang diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:  

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

 “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Oleh itu, bangunlah wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya bukti-bukti akhir zaman telah jelas diperlihatkan kepada kita. Sampai bila kita akan terus leka dan lalai dalam permainan musuh-musuh Islam. Terlalu banyak usaha yang telah dilakukan oleh musuh-musuh kita dan mereka telah berjaya memperdaya pejuang-pejuang Islam (anda). Ingatlah tiada siapa yang akan mempertahankan Islam jika bukan umat Islam sendiri.

Saksikanlah klip video yang menceritakan perkembangan agama Islam di seluruh dunia umumnya dan Benua Eropah khasnya. Mengikut anggaran pihak Barat, umat Islam kini berjumlah 52 juta di seluruh Eropah (2009) di mana penganalisis meramalkan bahawa umat Islam akan terus berkembang kepada 104 juta dalam tempoh masa 20 tahun. Apa yang dikhuatiri ialah betapa ramai mana pun penganut agama Islam, jika segala suruhan dan larangan ALLAH SWT tidak dipatuhi. Ia bererti  TIADA GUNANYA KITA HIDUP di dunia ini tanpa mensyukuri akan nikmatNya.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s