MUTIARA KATA – DATO’ SERI SAMMY VELLU SEPANJANG 31 TAHUN

Dato’ Seri Samy Vellu Sangalimuthu dilahir pada 8 Mac 1936, lebih dikenali sebagai Samy Vellu atau Semi Value (Nilai Separa) di kalangan musuh politiknya adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India (Tamil) dan seorang ahli arkitek berdaftar. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.

Dato’ Seri Samy Vellu telah berundur secara rasmi dari jawatannya sebagai Presiden MIC yang paling lama memimpin parti selama hampir 31 tahun. Terus terang, kita akan merinduinya terutama terhadap kata-kata seloroh dan lucunya di sepanjang perkhidmatannya.

Perdana Menteri pernah mengatakan hal ini dalam Persidangan Barisan Nasional 2010; “Kami akan merindukan Dato’ Seri Samy Vellu kerana ia menambah banyak warna …. kadang terlalu banyak warna”. Oleh kerana itu, sebagai tanda penghargaan, saya hanya ingin berkongsi beberapa koleksi mutiara kata yang dikumpul di mana ia diucapkan oleh Dato’ Seri Samy Vellu.

* Amaran. Ini memang kelakar gile *

  1. Semasa isu berkaitan Pos Laju: “Besoh kirim, hari ini juga sampai”
  2. Semasa ke udara di Berita TV ketika beliau cuba meluahkan perasaan malu: “Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”
  3. Semasa menyampaikan sebuah ceramah: “Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Selepas itu ada seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan dengan bangganya beliau menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”
  4. Petikan ucapan paling favourite di dalam Berita TV: “Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
  5. Petikan ucapan semasa krisis air: “Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”
  6. Petikan ucapan berkaitan masalah sosial: “Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”
  7. Petikan ucapan semasa Program Derma Darah di Sungai Siput: “Marilah kita semua menderma dare”
  8. Petikan ucapan beliau semasa mengucapkan kata-kata aluan sesuatu program: “Selamat datang saudara-mara semua” (It should have been “saudara-saudari”)
  9. Semasa isu pengharaman Al-Arqam’s, beliau berkata dalam Press Conference: “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
  10. Semasa upacara perasmian bangunan baru: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

Lawak paling kelakar yang diucapkan oleh beliau yang akan diingati oleh peminatnya sepanjang hayat: “Kita akan bina roket pigi matahari.” Seorang Wartawan memberi respon, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” beliau menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau yang telah diberikan di sepanjang 31 tahun.

We wish you all the best!

Dato’ Seri Samy Vellu

JODHAA AKBAR : SIMBOL KESEMARATAAN BERAGAMA ATAU SEBALIKNYA – BAHAGIAN 1

Tengah dok layan filem epik Hindi “Jodhaa Akbar”. Kalau dinilai dan diamati dari perspektif pengarahan filem. Ternyata elemen kesamarataan beragama cuba digarap secara halus oleh pengarah.

Mughal Jalālu d-Din Muhammad Akbar (Akbar yang Agung) memerintah India dari 1556 – 1605 digambarkan sebagai seorang Maharaja beragama Islam yang berkahwin dengan Jodhaa beragama Hindu. Terang-terang dalam filem ni menunjukkan Jodhaa iaitu puteri dari Rajput (Aishwarya Rai) berdoa depan tokong semasa Akhbar (Hitrik Roshan) kena panah oleh pembunuh upahan.

Rupa-rupanya teori pluralisme sudah lama bertapak di kalangan umat Islam. Apa tidaknya pada 1581, Akhbar memperkenalkan satu agama baru dengan nama “Dīn-i Ilāhī (Divine Faith).  Doktrin agama syncretic yang dikemukakan oleh Akbar bertujuan untuk menggabungkan unsur-unsur terbaik dari agama yang menghimpun semua nilai-nilai baik dan dengan demikian mendamaikan perbezaan pendapat di kalangan rakyatnya. Unsur utama diambil dari Islam dan Hindu, tetapi sebahagian lain juga diambil dari agama Kristian, Jainisme dan Zoroastrianisme.

Akbar mempromosi toleransi terhadap agama lain. Bahkan, tidak hanya dia membiarkan mereka, dia menggalakkan perdebatan mengenai isu-isu falsafah dan agama. Ia telah mengarah agar dibina Ibadat Khana (House of Worship ) di Fatehpur Sikri. 

Ia berpendapat tidak semua agama di dunia ini boleh menuntut manopoli kebenaran termasuklah Islam. Akbar telah menggabungan mysticism, falsafah dan penyembahan alam. Perkara yang paling utama yang menggugat keimanan ialah agama ini tidak mengakui kewujudan Nabi

Diharapkan sejarah ini tidak akan berulang di Malaysia. Apa pandangan anda?

Bersambung Bahagian Kedua