Pendahuluan

Secara umumnya di alam Nusantara kita, sudah jelas berlaku perebutan pengaruh agama sejak zaman penjajah sampai ke era zaman merdeka. Dengan berakhirnya penjajahan maka timbullah semangat baru umat Islam kerana nikmat merdeka. Lantaran tidak hairanlah pihak penjajah beragama Kristian seperti British, Belanda dan Portugis merasa terancam terhadap pengaruh mereka di alam Nusantara. Jika dahulu di zaman penjajahan, golongan ini diibaratkan sebagai ‘Anak Emas’ pemerintahan Kolonial. Tapi kini agama Islam telah diberikan kedudukan yang tinggi di negara Malaysia, Indonesia dan Brunai.

Eksplorasi dan penjajahan alam Nusantara telah dirancang sejak tahun 1511 oleh Barat

Kini, waktu dan zaman berlalu dengan pantas di mana ramai anak-anak Islam telah mendapat pendidikan hingga ke menara gading. Namun begitu terdapat segelintir umat Islam yang ALPA dan LALAI dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan asas agama Islam sebagai cara hidup harian. Akibat kelemahan ini maka muncullah Zending (Mubaligh) Kristian untuk menggoncang, melemah dan menimbulkan keraguan umat Islam terhadap ajaran agamanya.

Taktik ampuh yang digunapakai adalah secara HALUS melalui sesi bertukar fikiran bersama golongan pemuda dan pemudi Islam dalam soal-soal ibadat atau kepercayaan. Sekiranya golongan tersebut rapuh dalam asas ajaran Islam maka amat mudahlah mereka ini diajak MURTAD dari agama Islam dan memeluk Kristian.

Prof. Dr. Hamka seorang tokoh Ilmuan Islam yang disegani

Justeru itu, pada coretan kali ini saya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diceritakan oleh Prof. Dr. Hamka atau Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah di dalam hasil karya bukunya yang bertajuk  ”Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi dan Sekularisasi”. Intipati kandungan buku ini menceritakan perihal perbincangannya bersama seorang pemuda yang ingin mencari kebenaran tentang ajaran Islam. Pemuda ini telah diserang MINDA dan IMANnya secara di bawah sedar oleh Zeding secara sistematik. Marilah kita hayati coretan ini untuk dijadikan IKTIBAR kepada kita dalam melawan proses kristianisasi oleh mubaligh kristian.

Menyembah Kaabah

Kaabah berfungsi sebagai arah kiblat kepada umat Islam dalam mengerjakan solat

Pada suatu hari seorang doktor muda diajukan pertanyaan oleh seorang Zending Kristian: “Mengapa orang Islam dilarang menyembah berhala, pada hal orang Islam sendiri seluruhnya menyembah Kaabah, iaitu satu berhala besar yang didirikan oleh Muhammad di Mekah?” Bukankah hal ini bererti Muhammad melarang umatnya menyembah segala bentuk berhala? Sedangkan pada masa yang sama beliau sendiri memerintahkan umatnya menyembah Kaabah yang didirikan di tanah kelahirannya. Ini kerana beliau secara simbolik mahu menunjukkan setiap kali orang menyembah Kaabah bererti mereka memuliakan dirinya dan menjadikan seluruh dunia telah ditakluki oleh orang Arab?”

Oleh kerana doktor ini seorang yang cetek pengetahuan agama Islam maka beliau tidak dapat menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh propagandis Kristian itu. Sebab itulah mereka (Zending) datang dan bertanya kepadanya: “Betulkah orang Islam menyembah Kaabah?”  

Saya (Hamka) menerangkan bahawasanya kaum muslimin di seluruh dunia walau apapun anutan mazhabnya samada dia seorang Sunni atau dia seorang Syiah, mereka tidak sekali-kali pernah menerima ajaran bahawa kita menyembah, memuja dan beribadat kepada Kaabah. HARUS diingat Kaabah bukan Nabi Muhammad S.A.W yang mendirikannya. Ia dibina oleh Nabi Ibrahim iaitu nenek moyang dari nabi-nabi sejak Nabi Musa hinggalah ke Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan Kaabah sebagai PUSAT PERIBADATAN kepada umat yang mengakui bahawa Allah S.W.T adalah ESA.

Binaan Kaabah ini telah mengalami banyak perubahan bermula dari zaman nabi Adam hinggalah nabi Muhammad S.A.W.

Oleh kerana jarak masa di antara Nabi Ibrahim dengan Nabi Muhammad S.A.W adalah amat jauh maka orang Arab Jahiliyah telah membawa berbagai bentuk patung berhala dan menyandarkannya di sekeliling Kaabah itu. Setelah Nabi Muhammad S.A.W datang dan menguasai Mekah maka semua berhala tersebut telah diruntuhkan. Dan Kaabah telah ditetapkan sebagai KIBLAT. Ini bererti Kaabah akan dijadikan tempat MENGHADAP bukan tempat MENYEMBAH. Sekiranya ada di kalangan umat Islam yang menyembah dan memujanya maka KAFIRlah dia menurut hukum Islam. Dalil yang menerangkan Kaabah dan Masjidil Haram hanya untuk menghadapkan muka (wajah) telah dijelaskan di dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah : Ayat 144, 149 dan 150.

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 144)

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 149)

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 150)

Peringatan tentang peranan Kaabah sebagai kiblat bukan untuk disembah oleh orang Islam telah ditegaskan sekali lagi dengan jelas di dalam Surah Quraisy : Ayat 3.

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,”

Perbezaan Menyembah Dengan Menghadap

Lokasi Kaabah ini terletak di tengah-tengah garisan pusat bumi

Doktor itu bertanya lagi: “Apakah bezanya menyembah dengan menghadap?” Bagaimana doktor tidak tahu membezakan istilah MENYEMBAH dengan MENGHADAP? MENGHADAP adalah semata-mata menghadapkan muka (wajah) dengan perhatian (mata). MENYEMBAH dan memuja ialah perbuatan menghormati tempat itu, memohon kepadanya, meminta pertolongan, minta dilepaskan dari bahaya. Kadang-kadang dijalankan upacara korban untuknya sebagai sajian (jamuan).

Terdapat juga sesetengah kefahaman mengatakan bahawa meminta sesuatu itu hendaklah sendiri secara terus kepada Kaabah atau ia menjadi perantaraan buat menyampaikan permohonan kepada Allah S.W.T. AWAS! Jika perbuatan ini dilakukan maka ianya adalah SYIRIK dan dilarang dalam Islam. INGATlah bahawa Kaabah itu hanyalah batu-batu yang disusun, boleh diruntuh kalau banjir besar datang dan boleh dibangunkan semula jika mengalani kerosakan. 

Kristian Menyembah Patung

Patung Jesus dan Maryam disembah dan dipuja oleh penganut Kristian, walaupun mereka tahu ia hanya patung

Kini terbukti bahawa tidak ada seorang pun orang Islam atau Mazhab Islam yang mempunyai kepercayaan bahawa Kaabah itu disembah dan dipuja. Malah jauh sekali menganggapnya sebagi  TUHAN atau PERANTARA dengan tuhan untuk menolong dalam menyampaikan permintaan yang dimohonnya. 

Senario ini tidak berlaku dalam kepercayaan orang Kristian yang menganggap bahawa Jesus Kristus adalah Tuhan. Sebaliknya mereka percaya bahawa Jesus adalah gabungan dirinya sendiri bersama Ruhul Kudus dan Allah,  Allah Putera dan Allah Ruhul Kudus.

Kaabah itu tidak seperti patung-patung Jesus atau patung Maryam. Penganut Kristian memohon sesuatu kepada patung itu atau menggambarkan dalam ingatan (minda) bahawa patung itu seakan-akan memang Jesus atau memang Maryam. Begitulah juga terjadi halnya kalau penganut Kristian makan roti paskah dan minum anggur paskah (Easter). Mereka akan cuba menyakini bahawa roti itu betul-betul menjadi daging Jesus dan anggur itu juga betul-betul menjadi darah Jesus.

Awas diri anda, jangan sampai tersalah Kiblat

Saya pula menyambung perbincangan; “Cuba doktor perhatikan. Kalau doktor berkawan dengan seorang Katolik yang taat, doktor akan melihat patung Maria terdapat dalam biliknya. Dan bila beliau bersembahyang memohon sesuatu, dia akan memohon kepada patung tersebut. Ini kerana menurut beliau, MARIA adalah IBU TUHAN, sebab itu dia pun Tuhan.

Sedang orang Islam, bagaimana BODOH atau JAHIL tidak ada yang menyimpan patung KAABAH atau gambar KAABAH di dalam rumahnya untuk dipuja dan disembah. Misalnya ada seorang haji yang baru pulang dari Mekah membeli sebuah foto Kaabah lalu digantungkannya di dinding rumahnya. Di sepanjang foto itu digantung di rumahnya, beliau TIDAK pernah menghadapkan mukanya atau memuja foto tersebut di dalam rumahnya. Sekiranya perbuatan menyembah dan memuja foto ini dilakukan maka beliau telah menjadi KAFIR kerana MEMPERSEKUTUKAN Kaabah dengan Allah S.W.T.” Nau’zubillah himinzalik..

Kenapa Perlu Menghadap Kiblat

Ekoran daripada jawapan yang diberikan oleh saya agak sinis kepada pemuda tersebut maka beliau mengemukakan bantahan: “Mengapa tidak dibolehkan sahaja MENGHADAP KE MANA SUKA, kalau Kaabah bukan untuk diSEMBAH? Apa salahnya kalau kita menghadap ke mana kita suka sahaja? Padahal Tuhan itu ada di mana-mana? “Saya menjawab: “Tentang Tuhan di mana-mana, terdapat ayat-ayat al-Quran memperjelaskan tentang perintah berKIBLAT ke Kaabah itu sendiri berdasarkan kepada Firman berikut:

“Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 115)

Perbezaan bacaan dan cara sembahyang berlaku di antara mazhab Katolik dan Protestan. Di manakah erti kesatuan dan keharmonian beragama dalam Kristian?

Memang benar jika diteliti maksud ayat ini memang SAH bersolat ke mana saja pun kita menghadap. Tetapi ada SATU faktor lain di dalam Islam yang tidak ada di dalam agama lain terutamanya dalam agama Kristian yang saya rasa merekalah yang bertanggungjawab menanamkan perasaan WAS-WAS dan KERAGUAN di dalam hati doktor.

Saya mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan berkaitan sembahyang oleh penganut Kristian samada dari aspek bacaan sembahyangnya atau cara-cara mereka bersembahyang mengikut mazhab. Senario perbezaan ini sering kali menyebabkan berlaku satu mazhab mempertikai cara mazhab yang lain. Misalnya cara sembahyang Katolik berbeza  dengan Protestan. Manakala sembahyang Methodist berlainan pula dengan Adventist. Masing-masing bertelagah mengatakan bahawa gerejanyalah yang benar dan yang lain salah. Kini terdapat tidak kurang daripada 200 mazhab (sects) dalam agama Kristian.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan ini maka dapatlah kita simpulkan bahawa tiada masalah kaedah atau cara bersolat di dalam agama ISLAM. Ia terbukti UTUH melalui kesatuan dan keharmonian di kalangan penganutnya. Contohnya, dalam Islam hanya SATU corak bersolat, SATU bahasa yang dipakai dan SATU kiblat tempat kita menghadap serta SATU tujuan ibadat hanya kepada ALLAH S.W.T. Sebab itulah dalam Rukun Solat terdapat 13 perkara yang diterangkan dengan jelas. Di antara perkara asas yang dititik beratkan ialah rukun pertama memasang NIAT, rukun kedua menghadapkan muka ke arah KIBLAT. “Oleh itu, jika terdapat orang Islam yang bersolat sesuka hati menghadap ke mana dia suka, APAKAH DIA SALAH? Nescaya jadi SALAH kerana dia telah membuat aturan sendiri di luar daripada PEDOMAN yang diberikan oleh Rasullulah S.A.W yang mengajarkan bahawa orang Islam seluruh dunia adalah SATU.

SATU Tuhannya iaitu ALLAH S.W.T.,

SATU pedomannya iaitu Al-Quran dan

SATU pimpinannya iaitu Nabi Muhammad S.A.W…..

  

Pendahuluan

Awas! anda sedang diawasi

Ramai daripada kita yang kurang kesedaran dan ada setengahnya tidak ambil peduli bahawa sebarang maklumat/privasi yang kita berikan setiap kali kita berdaftar menggunakan servis PERCUMA (e-mail, Facebook, Twitter dan sebagainya) sebenarnya bukanlah PERCUMA seperti yang disangka.

” Nothing in the world is FREE Nothing comes without a price

Secara diam, maklumat yang kita berikan di‘PERGUNAKAN’ oleh penjenayah siber dan dianalisis oleh pihak-pihak tertentu. Maka tidak hairan jika Facebook kerap membuat perubahan drastik terhadap “term of services” mereka sehingga munculnya teori yang mengaitkan Facebook dengan CIA dan badan pertahanan US.

Titik fokus utama pengecaman wajah

Tahukah anda bagaimanakah gambar-gambar yang anda muat naik di dalam album Facebook boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu secara tersembunyi tanpa kebenaran anda? Jawapannya MUDAH sahaja. Hanya dengan menggunakan aplikasi mudah alih (mobile app) yang terdapat dalam komputer, gambar anda boleh dianalisa untuk mendapatkan maklumat biografi. Aplikasi ini akan mengimbas wajah anda dan akan mencari web untuk padanan. Dalam masa kurang dari satu minit, nama dan maklumat peribadi anda akan diperolehi samada melalui kaedah melayari album Facebook anda atau membaca tempoh masa (timeline) Twitter anda.

“……wajah anda adalah IDENTITI anda: anda mesti mempunyai KAWALAN ke atasnya”

(……..Your face is your IDENTITY:  you should have CONTROL over it)

Bunyi seperti cereka sains fiksyen? Namun inilah hakikatnya fakta sains di mana “FACEPRINT” telah diperkenalkan bagi menjadi pilihan kepada Sains Forensik melalui kaedah pengecaman individu. Teknologi ini bolehlah dikatakan menyamai kaedah pengecaman melalui muka cap jari (fingerprint). Kini teknologi telah dicipta untuk mengenalpasti ciri-ciri unik kepada tubuh badan kita seperti corak iris, wajah dan cap jari untuk direkod. Teknologi ini dikenali sebagai BIOMETRIK. Setelah semua data berkaitan faceprint anda diperolehi, gambar anda akan dianalisa dengan membandingkannya melalui sesuatu pangkalan data (data base) muka untuk mencari padanan (matching). Inilah yang dinamakan DUNIA TEKNOLOGI PENGECAMAN WAJAH dan ia telah berlaku sekarang ini.

Definisi Facial Recognition Software

Proses pengecaman wajah melalui aplikasi "Facial Recognition Software"

Perisian pengecaman wajah (Facial recognition software) merupakan proses mencantumkan nilai angka kepada ciri-ciri berbeza wajah dan menghasilkan “unique faceprint” yang kemudiannya ianya boleh disemak melalui satu pangkalan data faceprints sedia ada. Dengan cap jari, padanan diandaikan apabila satu threshold tertentu bagi nilai dapat dikongsi oleh kedua-dua faceprints telah dicapai.

Aplikasi ini berfungsi untuk mengenal pasti atau mengesahkan seseorang dari gambar digital atau bingkai video dari sumber video. Salah satu caranya adalah dengan membandingkan ciri-ciri wajah dipilih dari gambar dan sistem pengurusan pengkalan muka. Ia biasanya digunakan dalam sistem keselamatan dan boleh dibandingkan dengan biometrik lain seperti cap jari atau sistem pengecaman iras mata.

Bagaimana Pengecaman Wajah Digunakan Hari Ini?

Kajian pengecaman wajah merupakan satu kaedah moden dalam mengenalpasti identiti dan karektor seseorang yang pesat dibangunkan oleh firma-firma IT di seluruh dunia. Kini, teknologi ini telah digunakan dalam banyak bidang secara meluas. Anologinya termasuklah di rangkaian sosial, penyuntingan gambar, keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kasino dan di tempat-tempat ganjil yang anda mungkin tidak menjangkakan.

Rangkaian sosial dan website menjadi alat pengumpulan data peribadi pengguna internet

Sebagai contoh, laman web temu janji FindYourFaceMate.com mencari jodoh berasaskan kepada prinsip bahawa orang yang mempunyai ciri-ciri wajah yang diidamkan boleh dipertemukan melalui alam siber (cyber) di antara satu sama lain dengan menggunakan pengecaman wajah untuk dipadankan dengan gambar pengguna.

Manakala laman web  DoggelGanger.com boleh memadankan empunya anjing yang berpotensi dengan memadankan ciri-ciri yang diinginkan seperti gigi taring supaya kelihatan seperti mereka. Kamera pengenalan wajah diimbas semua peminat berjalan melalui ‘turnstiles’ di Super Bowl xxxv, kini dirujuk sebagai Bowl mata-mata, menjalankan imbasan terhadap sesuatu pangkalan data mugshots jenayah. Itu adalah satu dekad yang lalu, apabila internet masih di zaman kanak-kanak relatif. Kita berada pada zaman sekarang apabila Facebook mengumpul 100-halaman dossiers kepada kita semua, apabila rangkaian iklan menjejaki semua yang kita lakukan dalam talian, apabila syarikat-syarikat membeli dan menjual maklumat perhubungan (contact info) kita yang mengandungi maklumat asas seperti  nama jalan kita membesar, nama-nama ahli keluarga kita  dan rakaman dari udara rumah kita.

Pencerobohan privasi di Facebook melalui "Facial Recognition Software"

Selain daripada itu, aplikasi ini juga telah digunapakai di iPhoto, Apple Picasaweb Google, Microsoft Windows Live Photo Gallery, dan editor foto lain untuk mencari seseorang. Ia dilakukan melalui proses pengecaman wajah yang akan membolehkan album anda diimbas untuk tujuan mencari wajah yang diinginkan berdasarkan gambar sediada  dan membenarkan gambar anda di”tag” samada secara automatik atau dicadangkan untuk di”tag”. Secara tidak langsung anda telah pun ditemui dan di”tag”. Kesan daripada tindakan ini, semua maklumat peribadi tentang WAJAH anda akan dikumpul mengikut tag, sudut gambar yang diambil, jenis pencahayaan, gaya rambut dan butiran lain pada gambar anda.

Aplikasi Facial Recognition Software Dalam Facebook

Media sosial gergasi dunia sedang menghadapi gelombang baru kebimbangan terhadap perlindungan privasi selepas Facebook melancarkan ciri terbaru “Facial Recognition Software” pada 7 Jun 2011.

Facebook merupakan medium informal badan perisikan barat

Susulan daripada tindakan tersebut, Facebook telah dikritik hebat oleh media massa, firma IT dan NGO kerana secara senyap-senyap telah memperkenalkan ciri terbaru yang membolehkan pengguna untuk mengenal pasti rakan-rakan mereka di dalam gambar tanpa kebenaran mereka secara automatik. Senario ini amat mengerikan dan meningkatkan kebimbangan mengenai amalan privasi pengguna. Ini bermakna sebanyak 850 juta (2011) pengguna rangkaian sosial Facebook akan terdedah kepada KETIRISAN maklumat peribadi dan pravasi kepada pihak ketiga seperti CIA, FBI, Mossad, FSB, SIS, M16 dan agensi kerajaan yang berkepentingan.

Marc Rotenberg, Presiden Electronic Privacy Information Center, berkata; “sistem itu menimbulkan persoalan mengenai maklumat peribadi, seperti alamat e-mel dan butiran keluarga akan dihubungkan dengan gambar dalam pangkalan data Facebook.”

Tiada lagi wujud istilah privasi dalam Facebook

Graham Cluley, Perunding Teknologi Kanan Sophos dan merangkap Pemilik Firma Keselamatan British Internet, berkata; “ciri baru ini menyeramkan dan berkata bahawa salah satu kesalahan terbesar Facebook ialah tidak memberitahu penggunanya tentang pelancaran ciri ini dan tidak menjelaskan kepada pengguna bagaimana memilih untuk keluar daripada ciri ini.” Satu lagi kebimbangan yang diutarakan oleh Cluley ialah syarikat Facebook ini mungkin pada masa akan datang akan menjual maklumat ini kepada pihak ketiga,” katanya. “Ada begitu banyak maklumat yang telah diberikan secara sukarela ke laman web Facebook.

Jim Tiller, Naib Presiden Keselamatan BT Global Services yang mengendalikan keselamatan rangkaian IT untuk syarikat-syarikat berbilang, berkata; “teknologi pengenalan wajah telah digunakan oleh penguatkuasaan undang-undang dan pakar keganasan untuk membantu mengesan suspek.” Beliau juga berkata; “pengguna akan mengalami kehilangan kawalan ke atas apa -apa gambar yang di”tag” pada rangkaian Facebook dan ini menjadikan ia agak mengganggu.”

Mark Zuckerberg perintis kepada rangkaian sosial global Facebook

Bloomberg.com melaporkan bahawa sekumpulan ahli European Union Data-Protection Regulators telah melancarkan siasatan ke atas ciri-ciri baru ini yang menjadikannya sebagai default setting” jika jika ianya telah melanggar mana-mana kaedah perundangan berkaitan privasi.

Kaedah Mematikan Aplikasi “Facial Recognition Software”

Jim Tiller telah mendedahkan dalam blog post bahawa; Setiap hari, orang ramai menambah lebih daripada 100 juta tag gambar-gambar di Facebook.” Memang menjadi satu kepuasan dan terkasima kepada semua pengguna yang memuat naik gambar di dalam album Facebook. Tetapi sedarkah kita bahawa tindakan ini boleh menjejaskan privasi kita secara tidak sedar.

Jangan biarkan wajah anda menjadi sasaran

Bayangkan apa akan terjadi jika terdapat berbilion gambar pada pelayan Facebook? Sudah tentulah agak sukar untuk anda mengawalnya. Kalau setakat anda sendiri yang memuat naik gambar tersebut, ia boleh dikawal oleh anda sendiri. Ini kerana tindakan tersebut tidak mendatangkan ancaman keselamatan atau merosakkan imej anda. Anda lebih tahu gambar yang MANAKAH sesuai dipaparkan di Facebook. Senario ini berbeza jika gambar-gambar ini dimuat naik oleh rakan siber atau sahabat anda di zaman persekolahan.

Anologinya, kalau dahulu tidak bertudung kini menjadi ikon MUSLIMAH. Kalau dulu kutu jalanan tapi kini TOKOH terbilang. Oleh itu, anda harus berhati-hati bila terdapat gambar di’tag’ nama anda. Rasionalnya, gambar-gambar itu akan dipapar dan dilihat oleh pengguna Facebook secara ”on-line”. 

Kesulitan anda yang sebenarnya ialah untuk mengawal gambar anda dari dipaparkan oleh sahabat atau rakan siber di Facebook. Apa tidaknya, ada sesetengah rakan Facebook anda memuat naik gambarnya secara berkumpulan di album mereka, aplikasi Facebook mengimbas dan mengesan wajah anda di dalam gambar tersebut. Dan jika aplikasi “Facial Recognition Software” mendapati terdapat padanan wajah anda dalam gambar tersebut maka aplikasi ini akan mencadangkan kepada rakan-rakan Facebook anda mengeteg dengan nama anda.

Adakah anda bersetuju untuk di"tag" bagi tontonan umum? Tepuk dada, tanyalah selera

Tindakan mengeteg nama anda akan dilakukan oleh kawan anda, bukan oleh Facebook. Tetapi agak menyeramkan kerana kini aplikasi ini akan mendorong kawan-kawan siber anda untuk berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk mengeteg nama anda di album Facebook tersebut.

INGAT! Facebook tidak memberikan anda apa-apa hak untuk pra-meluluskan tags (pre-approve tags). Sebaliknya menjadi tanggungjawab anda sendirilah untuk meng”untag” nama atau diri anda dalam mana-mana gambar yang telah di”tag” oleh rakan anda.

Oleh itu, marilah kita mengambil tindakan DRASTIK untuk mematikan aplikasi Pengecaman Wajah di Facebook demi menjamin kehidupan yang HARMONI dan MERDEKA dari sebarang gangguan atau salahguna gambar kita di ALAM SIBER.

Bagaimana Cara Mematikan Aplikasi “Facial Recognition Software”

  • Layari profil Facebook anda dan klik pada “Akaun” (“Account”) di sudut kanan atas
  • Daripada drop down menu, klik pada “Tetapan Privasi.” (“Privacy Settings.”)
  • Klik pada “Custom.” Di bahagian bawah menu Custom, klik pada “Tetapan Customize.” (“Customize Settings.”)
  • Terus ke bawah ke “Berkongsi Perkara lain” (“Things others share”)
  • Terus ke Seksyen “Cadangkan gambar saya kepada kawan-kawan.” (“Suggest photos of me to friends.”)
  • Klik (“Edit Settings.”)

  • Anda perlu mendapatkan tetingkap pop-up mengatakan “Photos: Cadangkan Tags” (“Photos: Suggest Tags.”) Ia akan membolehkan secara default”.
  • Klik pada menu drop-down dan pilih “Disabled” untuk mematikan alat pengecaman wajah (facial recognition tool).
  • Klik OK dan tetapan anda akan disimpan.

Kebimbangan privasi

Kebanyakan rakyat menyuarakan kebimbangan bahawa privasi mereka akan dicerobohi. Sesetengah pula bimbang bahawa ia akan mendorong kepada “masyarakat dipantau sepenuhnya,” dengan kerajaan dan pihak berkuasa lain memiliki keupayaan untuk mengetahui DI MANA anda berada, sepanjang masa. Ini bukanlah konsep diperbesarkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa teknologi mudah disalahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan demi menjayakan AGENDA mereka. Jesteru itu, marilah kita mengambil tindakan SEGERA untuk mematikan aplikasi “Facial Recognition Software” demi menjamin kelangsungan KEBEBASAN dan PRIVASI kita agar tidak dikawal oleh tangan-tangan ghaib.

SEBARKAN MESEJ INI DEMI MENJAMIN HAK ASASI KITA DARI DICEROBOHI………….

Sumber Rujukan :

http://abcnews.go.com/Technology/facebook-facial-recognition-feature-raises-eyebrows/story?id=13792666

http://www.guardian.co.uk/technology/2011/jun/08/facebook-privacy-facial-recognition

Pendahuluan

Katakan tidak kepada Valentine's Day

Hari Saint Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang “Christian Martyr” purba yang bernama Saint Valentine. Ia diasaskan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwin Saint Rom oleh Pope Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.

Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepad kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Valentine Day wajar dikawal agar ianya tidak mempengaruhi umat Islam

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Bunga mawar menjadi simbolik kepada sambutan Valentine's Day

Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun. Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.

Mengapa Mawar Merah

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus (dewi cinta). Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.

Perayaan ini sangat popular di kalangan pasangan muda-mudi dan remaja yang sedang mabuk dibuai cinta

Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk “The Languange of Flowers”, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Asal-Usul Valentine’s Day

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya seperti berikut :

Juno merupakan dewi kewanitaan

  • Pendapat Pertama
    • Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (ratu dewa-dewa dan dewi-dewi Rom). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
  • Pendapat Kedua
    • Ianya merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Ratu Isabella merupakan individu yang membantu kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol

  • Pendapat Ketiga
    • Hari sambutan Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri. 
  • Pendapat Keempat
    • Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer (1343 – 25 Oktober 1400), seorang penyair Inggeris di dalam puisi klasiknya yang bertajuk “Parlement Foules” (1382) berkaitan Burung cinta Chaucer (Chaucer’s love birds) yang mengaitkan Hari Valentine dengan cinta asmara ialah :
      • “For this was on seynt Volantynys day, Whan euery bryd comyth there to chese his make. “

      • “Untuk ini adalah Hari Saint Valentine, apabila setiap datang burung di sana untuk memilih pasangannya.”

    • Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat

      Puisi ini telah ditulis oleh beliau untuk meraikan ulang tahun pertama pertunangan King Richard II dari England Anne di Bohemia. Perjanjian yang membenarkan perkahwinan mereka ditandatangani pada 2 Mei 1381. (Sewaktu mereka berkahwin lapan bulan kemudian, mereka berdua hanya berusia 15 tahun).

    • Tanpa ragu-ragu, para pembaca menganggap bahawa Chaucer memaksudkan 14 Februari sebagai Hari Valentine. Persepsi ini adalah salah dan tidak benar. ini kerana pada pertengahan bulan Februari adalah masa yang tidak mungkin sesuai bagi burung-burung untuk mengawan di England. Pendapat ini telah diketengahkan oleh Henry Ansgar Kelly (1986) dalam bukunyaChaucer and the Cult of Saint Valentine” yang menegaskan bahawa mengikut “liturgical calendar”, 2 Mei ialah hari perayaan Saint Valentine dari Genoa. Ia merujuk kepada seorang biskop purba Genoa bernama St. Valentine yang meninggal dunia sekitar tahun 307 M. Ini bermakna Chaucer telah cuba mendoktrinkan satu tradisi di minda masyarakat yang menghubungkaitkan sambutan Hari Valentine merujuk kepada musim mengawan burung dengan mengambil asas kepada peristiwa memperingati Saint Valentine dari Genoa.

Sorotan sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Valentine’s Day Menurut Perspektif Islam

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah S.A.W. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. itu bagi mencarinya. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.

Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.

Mesej ini perlu disebarkan secara istiqomah kepada umat Islam

Fatwa Haram Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam MENOLAK konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal MELARANG umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. :

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ia adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang menfatwakan bahawa adalah HARAM kepada umat Islam menyambut Perayaan Valentine’s Day di atas sebab-sebab berikut :

 

Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day

  1. Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
  2. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
  3. Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
  4. “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
  5. Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

Kesimpulan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(Surah al-Kafirun : Ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebarkanlah mesej Anti Valentine's Day demi aqidah dan kesejahteraan umat Islam

Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.

Pihak media massa perlulah PEKA dan SENSITIF terhadap FATWA yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dengan mengHARAMkan semua bentuk IKLAN, PROMOSI dan PUBLISITI berkaitan sambutan Perayaan Valentine’s Day di dalam semua siaran TV dan Telco. Manakala kita sebagai umat Islam mestilah menanam AZAM dan TEKAD untuk membuang semua amalan ini dari MINDA kita agar ianya mendapat KEBERKATAN daripada Allah S.W.T. Insya’Allah….. SEBARKAN MESEJ INI DI KALANGAN KELUARGA, SAHABAT DAN KENALAN……..

Sumber Rujukan :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Pendahuluan

Selami dan jiwailah sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.

Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1433 Hijrah pada 5 Februari 2012 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Tokoh Agung Sepanjang Zaman

Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T

Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia, rata-rata akan memberi jawapan yang bersifat pelbagai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah mereka susun dan merasakan sesuai untuk dipenuhi oleh calon yang dinobatkan dengan gelaran sedemikian. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.

Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T. Atas dasar cinta yang mendalam oleh kaum Muslimin, hikmah dan rahsia kelahiran baginda di bumi Mekah terus digali dan diselidiki bukan kerana rasa sangsi atas keperibadian agung ini tetapi atas rasa ingin mendekatkan diri kepada kebenaran.

Maqam Rasullullah di dalam Masjid Narbawi, Madinah

Makam Nabi Muhammad S.A.W di dalam Masjid an-Nabawi, Madinah

Hakikatnya, jawapan sebenar terpilihnya Rasullullah sebagai pembimbing umat manusia adalah rahsia milik Allah (Surah Hud : Ayat 123). Para ulama dan pengkaji fiqh sirah telah mengkaji hikmah di sebalik kelahiran Rasulullah yang menjadi kejutan kepada golongan Yahudi yang selama ini menganggap kehadiran para Nabi hanya di kalangan kaum mereka sahaja. Mekah mempunyai keunikannya tersendiri. Meskipun didiami oleh kelompok-kelompok bangsa Arab yang hidup secara kabilah dan mengamalkan konsep assabiyah, namun di sebalik kehidupan gelap Jahiliyah, masih ada nilai-nilai murni yang terus dipegang erat sebagai tradisi kehidupan.

Hikmah Maulidur Rasul

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul

Terdapat segelintir umat Islam yang keliru apabila kita bertanyakan apakah kaitannya Maulidur Rasul dengan ajaran Islam. Ada yang memberikan pandangan sinis yang menggambarkan seolah-olah ialah satu perayaan keagamaan dan perarakan di kawasan sekitar masjid atau di stadium. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang berpendapat ianya sekadar hari untuk mendengar syarahan agama atau majlis perjumpaan sesama umat Islam. Namun begitu, ada juga di kalangan cerdik pandai Islam berfahaman WAHABI bertegas untuk melarang umat Islam mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap oleh puak Wahabi sebagai BIDAAH dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.  Inikah JIWA dan IMAN seorang umat Islam?

Jesteru itu, marilah kita sama-sama berlapang DADA dan membuka MINDA untuk menghayati apakah hikmah yang tersirat dan tersurat dalam kita merayakan sambutan Maulidur Rasul. Di antara hikmahnya ialah :

1.   Nilai-Nilai Murni

  • Keunikan bangsa Arab dapat dilihat daripada sikap mereka yang amat menyanjungi karya-karya sastera khususnya syair-syair. Daya ingatan mereka yang kuat dalam menghafal syair-syair Arab serta mengingati susur galur keturunan dalam kabilah adalah kelebihan yang dimiliki. Tambahan lagi keberanian mereka telah terbukti melalui persengketaan antara kabilah sehingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.
  • Sehinggalah kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat ini diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. Jiwa-jiwa mereka telah disatukan malah gambaran kehidupan jahiliyah turut dikhabarkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”

(Surah Ali-Imran : Ayat 103)

  • Demikianlah Allah S.W.T menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Maka lahirlah golongan huffaz yakni penghafaz-penghafaz al-Quran di kalangan mereka dan mereka adalah golongan yang diamanahkan untuk memelihara kesucian dan keharmonian kitab Allah S.W.T seperti mana para sahabatnya. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Orang-orang yang mulia di kalangan umatku ialah penghafaz al-Quran. “

(Riwayat al-Tirmizi)

  • Keberanian mereka disalurkan kepada jalan yang lebih baik iaitu dengan tertegaknya konsep jihad, iaitu mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah S.W.T, keredaan dan rahmat-Nya dengan mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan pelbagai cara sama ada alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
  • Jika dahulu mereka berperang kerana ingin mempertahankan kabilah, sebaliknya konsep peperangan yang dididik oleh baginda telah diikuti oleh mereka untuk mempertahankan ajaran Islam daripada dicerobohi serta memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan. Sejarah Islam mencatatkan ketika peperangan Yamamah. Tentera-tentera Islam yang ikut serta dalam peperangan ini, kebanyakan terdiri daripada para sahabat dan para panghafal al-Quran. Dalam peperangan ini telah gugur 70 orang penghafal al-Quran.
  • Bahkan sebelum itu gugur hampir sebanyak itu juga penghafal al-Quran di mana Nabi pada suatu pertempuran di Bir Maunah berhampiran kota Madinah. Ini membuktikan kejayaan Rasulullah mengalihkan pandangan dan jiwa mereka kepada mempertahankan sesuatu yang hak dan menolak kebatilan. Malah, bangsa yang dahulunya tidak mendapat tempat dalam usaha peluasan empayar Persia dan Rom memberi kejutan yang besar dan menggugat golongan raja-raja dan pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya ketika itu. Ini diakui oleh Maharaja Heracilus apabila menerima sepucuk surat dari Rasulullah agar beliau adil terhadap rakyat dan menerima Islam sebagai cara hidupnya

2.   Kesucian Bumi Mekah

  • Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut. Perpaduan begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahaya kebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan al-Quran dan sunah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu.

3.   Nabi Akhir Zaman

  • Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada para Nabi sebelumnya tentang kehadiran Nabi terakhir yang akan membawa mesej Islam kembali untuk umat akhir zaman. Nabi Musa dan Nabi Isa A.S adalah di antara nabi-nabi ulul azmi yang telah diberikan pengkhabaran tersebut. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: “Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad.” Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

(Surah as-Saff : Ayat 6)

4.   Doa Nabi Ibrahim A.S

  • Hikmah dan rahsia di sebalik kelahiran Rasulullah di bumi Mekah juga adalah kerana makbulnya doa Nabi Ibrahim A.S yang memohon agar keturunannya turut diberikan kepada mereka golongan nabi dan rasul. Permintaan ini telah dipenuhi-Nya dengan kelahiran nabi dari keturunan Ismail A.S.

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Baqarah : Ayat 124)

Kesimpulan

Nabi Muhammad S.A.W telah disenaraikan sebagai tokoh paling berpengaruh dalam dunia di dalam buku "The Hundred"

Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.W disenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut:  

“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan dan duniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai. “

(The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)

Malah pengkritik Islam, George Bernand Shaw mengatakan: “Saya telah mengkaji beliau, seorang tokoh yang hebat. Jauh sekali untuk mengatakan beliau seorang anti-Christ tetapi layak dipanggil penyelamat kemanusiaan (The Genuine of Islam). Sudah masa untuk kita berfikir sejenak, siapakah individu unggul sebagai ikutan dan contoh kehidupan. Beliau dikagumi oleh lawan dan dicintai oleh para sahabat. Kelahiran Rasulullah di bulan Rabiul Awal adalah MESEJ yang perlu diingati tidak sekadar sebagai bahan sejarah tetapi menjadi ikutan buat setiap insan.

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

(Surah al-Qalam : Ayat 4)

Senarai nama tokoh-tokoh berpengaruh di dunia

Berpandukan kepada pengiktirafan di atas terhadap Nabi Muhammad S.A.W berkaitan personaliti dan cara hidupnya maka apa salahnya kita sebagai umat Islam turut sama berbangga dan menjadikan beliau sebagai IDOLA kita di sepanjang waktu dan ketika. SEBARKANLAH maklumat ini untuk dikongsikan bersama demi menyemarakkan lagi kasih KASIH dan SAYANG terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Permainan catur amat mencabar daya kreativiti

Pengenalan

Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain. Permainan ini telah mengalami transformasi secara berterusan bermula dari tempat asalnya di India hinggalah ke Eropah bermula separuh abad kedua pada abad yang ke-15. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Japan, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.

Catur dimainkan pada papan bersaiz 8×8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 buah catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak (pawn), dua satria (knight), dua gajah (bishop), dua tir (rook), satu menteri (queen)  dan satu raja (king). Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.

Kini permainan catur adalah permainan yang paling popular di dunia. Ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu ”seni mempertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda”.

Chaturanga merupakan salah satu daripada permainan catur terawal ditemui di India

Sejarah Permainan Catur

Permainan catur menurut Wikipedia pertama kali ditemui di Parsi dan Arab. Perkataan ‘chess’ itu sendiri berasal dari ‘Chaturanga,’ perkataan yang dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘empat bahagian tentera’. Nama itu sendiri datang daripada pembentukan pertempuran dalam epik Mahabharata yang terkenal di India. Chaturanga adalah permainan simulasi perang untuk menunjukkan kuasa strategi tentera India pada masa itu. Kini, Chaturanga telah tersebar di seluruh dunia dengan pelbagai varian permainan sampai kemudian kita tahu ia seperti permainan sekarang.

Permainan ini pada mulanya merebak ke Timur Jauh dan India, dan menjadi salah satu pengajaran masyarakat Parsi dalam keluarga diraja dan golongan bangsawan. Pemimpin agama Buddha, pedagang yang merentasi di Jalan Sutera mula memperkenalkan papan catur untuk permainan ini. Kemasukan Chaturanga ke Eropah melalui Parsi Kerajaan Byzantine, dan merebak ke Empayar Arab. Selepas itu orang Muslim membawa permainan catur ini ke Afrika Utara, Sicily dan Sepanyol pada abad ke-10.

Permainan ini telah menjadi popular di Eropah. Dan, di akhir abad ke-15, permainan ini terlepas dari senarai permainan yang dilarang Gereja. Dalam zaman moden banyak terdapat bahan rujukan buku-buku catur, maka menggunakan jam catur, dan beberapa peraturan permainan dan pemain yang hebat.

Kristianisasi Dalam Permainan Catur

Catur dijadikan permainan khusus kepada golongan bangsawan di Eropah

Secara kebiasaannya apabila orang Islam membeli permainan catur, kita akan mematahkan simbol salib pada buah “King”. Simbol ini dipatahkan adalah bertujuan untuk tidak mahu menonjolkan imej dan identiti kristian terhadap permainan tersebut. Namun begitu, kita hampir terlupa bahawa terdapat satu buah catur lagi yang perlu dipatahkan oleh kita sebelum memulakan permainan iaitu buah “Bishop”.

Di dalam permainan catur, buah “Bishop” hanya boleh digerakkan secara 45 darjah dari kedudukannya. Walaupun ia boleh bergerak ke atas dan ke bawah sahaja tetapi pergerakkannya mestilah pada kadar 45 darjah daripada tempat asal. Buah “Bishop” juga merupakan buah yang setaraf dengan buah “King” atau “Queen” pada bahagian bawah sekali dan jika pemainnya seorang yang mahir, ia berupaya menjadi perangkap kepada buah “King” bagi melakukan langkah “Checkmate”.

Permainan catur mula memasuki Eropah melalui Parsi semasa penyebaran pengaruh Empayar Byzantine dan pengembangan Empayar Arab. Permainan ini dianggap dikaitkan dengan kehormatan dan kebudayaan tinggi, sehingga beberapa papan catur dibuat dari bahan istimewa dan berharga tinggi.

Medan latihan minda oleh pemikir ketenteraan dan kerabat diraja

Oleh kerana permainan ini dikaitkan dengan nilai sosial yang tinggi maka Peter Alfonsi (Petrus Alphonsi) iaitu seorang penulis, ahli astronomi Yahudi Sepanyol dan polemicist beragama Kristian. Beliau telah menggabungkan catur kepada tujuh kemahiran yang mesti dimiliki oleh seorang pahlawan (kesatri) di Clericalis Disciplina miliknya. 

Susulan daripada tindakan tersebut, timbul cadangan untuk menggunakan simbol-simbol dan pegawai-pegawai tentera di dalam permainan catur. Ia diikuti dengan penggunaan simbol raja dan permaisuri di dalam permainan ini. Senario ini berlaku disebabkan oleh minat raja-raja di Eropah terhadap permainan catur. Contohnya Raja Henry I, Raja Henry II dan Raja Richard I dari England adalah penaung permainan catur. Minat ini bukan sahaja kepada raja-raja di England malah tersebar di dalam pemerintahan Raja Alfonso X (Sepanyol) dan Raja Ivan IV (Rusia).

Penggunaan simbol raja, pahlawan dan keagamaan dalam permainan catur

Apabila gereja mengeluarkan larangan terhadap pelbagai permainan dalam masyarakat, catur terlepas dari disenarai hitamkan. Walaupun St. Peter Damian mengumumkan permainan ini akan mengekalkan kesan-kesan buruk kepada masyarakat. Tetapi ianya disanggah oleh Bishop Florence yang mempertahankan permainan ini kerana ia melibatkan kemahiran dan “bukan seperti permainan lain.” Ekoran daripada tindakan Bishop Florence mempertahankan permainan ini daripada disenarai hitamkan oleh pihak gereja, buah catur (gajah) telah dinamakan sebagai “BISHOP bersempena kedudukan jawatannya untuk diabadikan sumbangannya di dalam lipatan sejarah kewujudan catur di Eropah. Akhirnya dalam abad ke-12, anak catur mula kekal, untuk menjadi raja (raja), ratu (queen), gajah (biskop), kuda (kesatria) dan istana (Rooks). Bidak (Pawn) telah mula dihubungkan dengan infantri.

Pope Benedict xvi memakai Papal Tiara semasa mengetuai upacara keagamaan Kristian

Papal Tiara

Jika kita melihat buah “Bishop” pada bahagian kepala atau atasnya, kita akan melihat simbol Pope secara abstrak. Ini kerana jika diamati pada bahagian kepala buah “Bishop” tersebut, kita akan mendapati buah “BISHOP” ini sebenarnya adalah simbolik kepada topi yang dipakai oleh Pope ketika upacara-upacara keagamaan Kristian. Di dalam agama Kristian Katholik, topi yang digunakan oleh Pope dikenali sebagai Papal Tiara.

Papal Tiara juga dikenali sebagai Triple Tiara atau dalam bahasa Latin sebagai ‘Triregnum’, dalam bahasa Itali sebagai ‘Triregno’ dan sebagai ‘Trirègne’ dalam bahasa Perancis yang merupakan sebuah mahkota bertatah hiasan permata tiga tingkat. Kononnya berasal dari Byzantine dan Parsi yang merupakan simbol terkenal Pope (prominent symbol of the papacy).

Permainan Catur Dari Perspektif Islam

Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur.

Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.

Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan (sama seperti dadu) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).

Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.

Pandangan Mazhab Terhadap Permainan Catur

Permainan catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian? Sekiranya permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda, semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah HARAM. Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat mazhab adalah seperti berikut:

  • Hanafi : tidak dibenarkan, yakni haram.
  • Maliki :  tidak dibenarkan, yakni haram.
  • Shafie : ianya makruh, bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan dari solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara yang buruk dan keji.
  • Hanbali : catur sama seperti nard (sejenis permainan berpapan seperti catur yang menggunakan buah dadu sebagai taruhan nasib) dari segi hukum yakni haram, walaupun nas yang jelas adalah tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.

Pandangan Jumhur Ulama

Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al-Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya. Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah. Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharaman nard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nard bersandarkan kepada nasib semata-mata.

Pandangan Ulama Muktabar

Wajah seorang ulama dan pemikir Islam tersohor

Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya.

Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat:

  1. Tidak boleh menunda-nunda sembahyang (leka), sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
  2. Tidak boleh dicampuri perjudian atau wang pertaruhan.
  3. Ketika bermain, lidah harus dijaga dari bercakap kotor, cabul dan menghina pemain.

Kesimpulan

Walaupun begitu, penggunaan simbol-simbol catur yang menyerupai unsur-unsur Kristian oleh umat Islam tidaklah sampai ke tahap jatuh AQIDAH. Jesteru itu, tindakan mematah-matah unsur Kristian pada buah catur adalah usaha diri kita sendiri di dalam membuktikan sifat sensitif umat Islam terhadap persekitaran sosial. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlulah peka dan mengambil pendekatan berwaspada agar kita tidak terlalu teruja dengan dakyah-dakyah pihak tertentu yang memutarbelit fakta berkaitan catur. Jadikanlah segala pandangan dan huraian para ulama sebagai panduan hidup kita. Sebarkanlah maklumat ini untuk pedoman kita bersama…

Sumber Rujukan :

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/40346.html

http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/05/kertas_drengku.pdf

The Papal Tiara, posted with vodpod

Pengenalan

Sebelum kita membicarakan siri pendedahan Dajjal pada kali ini, eloklah kiranya kita menyingkap sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Utsman bin Abi Waqqas r.a yang bermaksud demikian :

“…Bersama Dajjal akan ada 70,000 orang dan di antara mereka akan mengenakan mahkota. Kebanyakan dari mereka yang bersamanya adalah orang Yahudi dan para wanita. Kemudian, dia akan pergi ke negeri di sampingnya. Dan akan terbahagi kepada tiga kelompok; satu kelompok akan tinggal di Asy-Syam dan melihat apa yang dia lakukan, satu kelompok akan pergi ke orang-orang Badui dan satu kelompok lagi akan pergi ke negeri yang ada di samping mereka iaitu bahagian barat Syam…”

Berdasarkan kepada mukadimah hadis di atas, kita diingatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada terhadap kemunculan Dajjal di sekitar kita samada ianya di dalam bentuk fizikal, mental atau spiritual.

Muzik - Ritual Moden Pemujaan Dajjal

Album Madonna – Frozen

Di dalam Siri Pendedahan Dajjal – Bahagian 11 (Ilmu Muzik Hitam) yang lalu, saya ada menyentuh tentang sihir muzik yang digunapakai oleh juak-juak Dajjal dalam melalai dan melemahkan pemikiran manusia. Dalam artikel kali ini pula, saya akan membuat kupasan berkaitan isu hiburan yang menjadi senjata ampuh golongan Dajjal dalam menguasai industri hiburan dan komunikasi.  Inginkan kepastian? Cuba kita amati klip video lagu “Frozen” yang dinyanyikan oleh Madonna di dalam album “Ray of Light” (Sinar Cahaya), nescaya kita akan mendengar Madonna menyanyikan lagu “Frozen” secara “double meaning”. Ini terbukti melalui pengucapan lirik “hmmmmmm” tidak disebut dengan jelas. Tetapi sebaliknya beliau memuji tuhan hindu (chanting the hindu idol god) melalui pengucapan “Omm”.

Persoalannya sekarang kenapa Madonna seorang berbangsa Yahudi berfahaman Kabbalah (Jewish Kaballist) memuji dan menyanyikan nama seorang tuhan hindu? Jawabnya, beliau mengetahui bahawa tuhan yang disembah oleh Kabbalah dan Hinduisme adalah tuhan yang sama. Mereka berasal dari ritul dan mitos yang sama dan telah dikitar semula serta dipuja sejak beberapa kurun yang lalu.

Artis Illuminati

Simbolik hujan turun dipayungi oleh Rihana

Umum mengetahui peranan besar yang dibawa oleh artis di dalam mempengaruhi gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat. Jesteru itu, tidak hairanlah jika nama bintang seperti Madonna, Britney Spears, Christina Aguilera, Rihana, Lady Gaga dan Jay-Z menjadi Artis Illuminati yang mendendangkan irama dan lagu berunsurkan SATANIC atau AGENDA Illuminati. Kebanyakan penyanyi-penyanyi terkenal dari barat adalah alat bagi Illuminati dan Dajjal. Ini kerana mereka sebenarnya bukanlah seorang penyanyi yang kritis dan kreatif. Mereka tidak menulis lirik lagu mereka sendiri atau memilih lagu-lagu mengikut kehendak mereka. Sebaliknya mereka hanya menjadi penyampai lagu yang bertindak mengikut arahan.

Memandangkan Illuminati telah mengawal industri ini maka secara tidak langsung ia telah mengawal kebanyakan lagu-lagu popular dan sekaligus membantu mereka dalam menyebarkan AGENDA DAJJAL dengan lebih berkesan. Sekilas pandang kita dapat mengenali sebahagian daripada artis sahaja yang mempunyai tone suara yang merdu. Kebanyakannya suara tidak sedap pun dan bersepah ke laut. Mereka hanya menjadi PENCACAI atau BONEKA yang bertindak sebagai agen katalis untuk mempengaruhi kita dengan trend dan gaya hidup terkini. (They act as puppets indoctrinating us with the latest trends and life style).

Sesetengah artis ini tidak memahami langsung agenda besar Illuminati yang sedang dijalankan. Namum begitu, terdapat juga di kalangan artis yang memahami dan menghayatinya dengan baik seperti Jay-Z dan Rihana dalam lirik lagu “Umbrella“.

Versi Bahasa Inggeris – Umbrella

When the sun shines, we ll shine together
Told you I’ll be here forever
Said I’ll always be a friend
Took an oath, I’ma stick it out till the end


Now that it’s raining more than ever
Know that we’ll still have each other
You can stand under my Umbrella
You can stand under my Umbrella

Versi Bahasa Malaysia – Payung

Apabila matahari bersinar, kita akan bersinar bersama-sama
Memberitahu anda saya akan berada di sini selama-lamanya
Katakan saya akan sentiasa menjadi teman
Mengangkat sumpah, saya akan bersatu hingga ke akhir


Kini bahawa ia hujan, lebih daripada biasa
Tahu bahawa kita masih akan mempunyai antara satu sama lain
Anda boleh berdiri di bawah payung saya
Anda boleh berdiri di bawah payung saya

Ra-Horakhty dewa gabungan Horus dan Ra digambarkan sebagai seorang lelaki helang berkepala memakai cakera matahari di atas kepalanya

Perkataan When the sun shines, we ll shine together” merujuk kepada sun kepada Dewa Ra. Manakala perkataan “we ll shine together” membawa maksud keunggulan ketika bergabungnya Dewa Ra dan Horus (Tuhan Matahari) menjadi satu jiwa di mana ia dikenali sebagai Ra-Horakty. Kepercayaan ini telah menjadi asas pokok kepada ajaran Freemason dengan mengakui bahawa Dajjal sebagai Mesiah.

Jika dilihat kepada lirik lagu seterusnya Said I’ll always be a friend, Took an oath, I’ma stick it out till the end” , kita akan memahami bahawa mereka akan menjadi teman setia dan bersumpah akan selalu bersatu tanpa berpisah sampai akhir. Lirik lagu ini secara simbolik menyampai mesej yang tersirat bahawa Rihana telah bersumpah setia kepada Dajjal di mana judul lagu ”Umbrella” menguatkan lagi watak Dajjal yang mencurahkan hujan dalam bentuk segitiga bertukar kepada bentuk payung seperti di dalam klip video lagunya.

Pembunuhan Karektor

Awas kepada Artis Illuminati yang bertindak melawan agenda besar Dajjal

‘Character Assasination’ atau pembunuhan karektor seseorang sudah lama digunapakai oleh manusia, malah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pembunuhan Karektor secara ringkasnya adalah untuk menjatuhkan imej, sejarah atau keperibadian seseorang demi mencapai tujuan menukar pandangan baik kepada jahat terhadap orang tersebut. Begitulah nasib yang akan menimpa kepada mana-mana artis yang cuba lari dari Agenda Illuminati seperti Micheal Jackson, Bob Marley dan John Lennon yang cuba menjadi seorang penyanyi yang berjaya melalui lagu-lagu berteraskan kepada isu-isu semasa atau kemanusian sejagat. Mereka akan dijadikan sasaran (marked) oleh juak-juak Dajjal melalui tindakan berikut:

Mereka akan menjatuhkan imej atau maruah di depan orang awam seperti Micheal Jackson

  • Micheal Jackson yang telah berubah pendirian untuk keluar dari kelompok elite Artis Illuminati setelah beliau dikhabarkan memeluk agama Islam. Menurut akhbar British, The Sun, Jacko Jackson, nama yang terkenal telah mengucap dua kalimah syahadat di rumah kawannya Steve Porcaro iaitu seorang komposer di Los Angeles yang dihadiri oleh penyanyi terkenal, Yosef Islam – dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens sebelum memeluk Islam. Nama Jacko telah berubah menjadi Mikaeel iaitu nama salah satu malaikat dalam Islam. Akibat tindakan beliau yang didapati melawan arus perdana Illuminati, Micheal Jackson telah dituduh dengan pelbagai kesalahan jenayah “pedhopilia” dan tindakan muflis yang dituntut oleh bank. Semua ini bertujuan untuk menjatuhkan imej dan popularitinya di kaca mata peminatnya. Pada 25 Jun 2009, beliau telah meninggal dunia akibat pengambilan ubat berlebihan yang diberikan oleh dokter peribadinya.

Micheal Jackson dalam kenangan

Mereka akan membunuh jika ia memerlukan tindakan penghapusan seperti Bob Marley

  • Robert Nesta Marley atau Bob Marley terkenal dengan lirik dan melodi berkonsepkan “Reggae” dan “Ska” yang berasal dari Jamaica. Beliau banyak menyumbangkan lagu-lagu yang mengalakkan pendamaian, menolak amalan perkauman dan kebencian sesama manusia. Lagu-lagunya dialunkan secara “folk” sambil mempromosikan tema kasih sayang ke dalam kehidupan seharian. Sayangnya, beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di usia muda (36 tahun) akibat kanser di hospital Miami, Amerika Syarikat. Kematiannya diselubungi misteri kerana beliau meninggal dunia semasa sedang berjogging di Central Park, New York AS akibat sesak nafas.

Bob Marley pejuang kemanusiaan melalui melodi Reggae

Di antara petikan bait-bait lirik lagu ” Could you be loved” yang  dinyanyikan oleh Bob Marley banyak menyentuh kritikan terhadap suasana sosial dan kehidupan masyarakat;

Versi Bahasa Inggeris – Could You Be Loved

Could you be loved and be loved?

Could you be loved and be loved?

Don’t let them fool ya,

Or even try to school ya! Oh, no!

We’ve got a mind of our own,

So go to hell if what you’re thinking is not right!

Love would never leave us alone,

A-yin the darkness there must come out to light.

Could you be loved and be loved?

Could you be loved, wo now! – and be loved?

(The road of life is rocky and you may stumble too,

So while you point your fingers someone else is judging you)

Love your brotherman!

(Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?

Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?)

Don’t let them change ya, oh! –

Or even rearrange ya! Oh, no!

We’ve got a life to live.

They say: only – only –

Only the fittest of the fittest shall survive –

Stay alive! Eh!

Versi Bahasa Malaysia – Anda Boleh Disayangi

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Jangan biarkan mereka memperbodoh ya,

Atau biarkan mereka mendidik kamu! Oh, tidak!

Kami telah mendapat fikiran kita sendiri,

Oleh itu, pergi ke neraka jika anda berfikir tidak betul!

Cinta tidak akan meninggalkan kita bersendirian,

A-yin kegelapan mesti datang kepada cahaya.

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi, wo sekarang! – Dan disayangi?

 

(Jalan hidup berbatu dan anda boleh tersandung juga,

Jadi semasa anda menuding jari anda orang lain adalah penilaian anda)

Sayangi saudara anda!

 

(Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh disayangi?

Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh sayangi)?

Jangan biarkan mereka mengubah kamu ya, oh! –

Atau pun menyusun semula diri kamu ya! Oh, tidak!

Kami telah mendapat kehidupan untuk hidup.

Mereka berkata: hanya – hanya –

Hanya yang paling kuat yang paling kuat hendaklah hidup –

Terus hidup! Eh!

Kesimpulan

Secara dasarnya, Artis Illuminati merupakan alat perkakas kepada Dajjal atau lebih tepat lagi layak digelar BONEKA yang menjadi ikon kepada masyarakat. Mereka digunapakai untuk menjajah minda dan jiwa manusia untuk lalai dan alpa dengan NIKMAT DUNIA. Mereka bersahabat dengan penyanyi yang berkiblatkan Dajjal dan memerangi penyanyi yang memperjuangkan keamanan sejagat. Mereka tidak mahu irama dan lagu berbentuk nasihat, sebaliknya cinta dan suka lagu berunsurkan maksiat. Oleh itu, marilah sahabatku semua. Kita SEBARKAN mesej ini kepada semua golongan masyarakat agar kita tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau doktrin sesat yang cuba dipelopori oleh golongan yang bersekongkol dengan Dajjal di negara kita.

Saksikanlah klip video ini yang memaparkan usaha juak-juak Dajjal yang cuba mempromosikan DOKTRIN yang menyesatkan.

Artikel Terdahulu :

http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/07/23/siri-pendedahan-dajjal-%e2%80%93-bahagian-11-ilmu-hitam-muzik/

Pendahuluan

Siapakah aku?

Pada kali ini isu semasa yang akan diketengahkan adalah berkaitan pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Polemik berkaitan adakah tudung wanita muslim menyerupai biarawati kristian menjadi topik yang hangat sejak kebelakangan ini. Untuk merungkai misteri terhadap persoalan ini, saya himpunkan catatan dan nukilan ulamak-ulamak terkenal yang memperjelaskan isu ini agar ia sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit ilmu pengetahuan kepada kita. Selain daripada itu, himpunan garis panduan dan syariat Islam juga turut diketengahkan agar dapat kita memahami keindahan SURUHAN Allah S.W.T kepada umat Islam.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Trend Masakini

Pemakaian tudung yang sempurna menonjolkan seri wajah muslimah yang lebih anggun

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Sejarah Tudung

Jenis pemakaian tudung mengikut kepelbagaian agama

Dengan   berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di   kalangan umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka   berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut   budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara   berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.

Corak serangan MINDA dan GAYA kehidupan telah dirancang oleh musuh-musuh ISLAM melalui NGO’s yang berpaksikan KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA. Berselindung demi AGENDA jahat mereka yang tidak kenal erti penat dan rasa jemu untuk merosakkan AKIDAH dan pegangan umat Islam. Kita perlu bangkit dan membangun bersama semua umat Islam untuk bersatu menepis dakyah-dakyah dan muslihat mereka dari mencengkam minda dan jiwa kita.

Jangan meniru amalan agama lain

Perbezaan kaedah pemakaian tudung dan tata rias di antara biarawati dan muslimah

Mengenai penyerupaan/ peniruan kepada orang kafir, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut “ (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/ penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang KHUSUS bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan identiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya.

Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/ keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/ kesamaan secara UMUM atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Cara membezakan pemakaian tudung

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus dalam kehidupan seharian maka di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan oleh ulamak ;

  1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya (Faidhul-Qadier, 6/104).
  2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama(Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
  3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
  4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/ menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).
  5. Merujuk kepada persoalan UTAMA di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Kristian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah S.W.T.

Tudung dan Syariat

Kategori pemakaian tudung yang diamalkan oleh wanita Islam

Isu   tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan  soal  etika berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama  yang  WAJIB dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam  permulaan  Surah Al Baqarah ayat 256  yang bermaksud “Tiada paksaan dalam  agama..…”  sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah  bertudung telah  melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada  paksaan dalam  menganut agama Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah  ajaran hidup  yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada  menjalankan  peritah Allah S.W.T secara keseluruhannya sebagaimana firmanNYA dalam surah  yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat  208 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!   Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu  ikuti  langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu.”

Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah S.W.T dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:

“Dan   katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat   pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara   kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka   kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan   leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan   perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka;”

Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat

Al   Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau   tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus   digunakan oleh wanita Muslim. Namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:

  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
  4. Tidak   dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan   orang lain dan menarik perhatian;
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri,
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki .

Kesimpulan

Pemakaian   tudung adalah suatu kewajiban syarak. Ia bukanlah isu pilihan peribadi   dan mengenai hak asasi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang   terpesong. Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya   orang Melayu sahaja dalam konteks Malaysia ini. Orang Melayu dulu memakainya kerana agama Islam yang mereka anuti. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syaraknya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperbetul dan diperhebatkan.

Ini   adalah perlu sebab ramai antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia   tidak difahamkan dengan jelas, samada oleh individu di sekelilingnya,   masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentang kewajiban mengenakan   tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syarak. Dengan   pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syarak dalam   penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat   tinggi dalam masyarakat, tegur-menegur atas kebaikan, khususnya dalam isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat yang betul akan berleluasa dan rahmat Islam akan menyelubungi seluruh umat.

 

Adakah simbol bulan sabit dan bintang hak eksklusif umat Islam

Pendahuluan

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!

Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)

Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniyyah

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera Kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. maka simbol bulan sabit digunakan sebagai METOPHORA untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Sebelah hujung yang satu menunjukkan Benua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakala lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Dewi Artemis merupakan simbol bulan sabit bagi kaum Nasrani

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God). Sabda Rasullulah S.A.W :

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang

Dewa

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri. Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.

Jacques De Molay

Lagenda Jaques De Molay

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir  iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312.

Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason

Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untuk membuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagai LAGENDA kepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDA umat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agama ISLAM. Jika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR. Na’uzubillahi min zalik……

Peranan Umat Islam

Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu FATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Kemunculan Dajjal akan menguasai dunia dengan tipu daya yang nyata

Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDA dalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianya REMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL

Ingatlah bahawa;

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata:

” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.

(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)

Kesimpulan

Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAM yang melarang perkataan ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM

Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.

Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI  dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESA. Marilah kita sama-sama SEBARkan MESEJ ini agar kita tidak lagi asyik-masyuk TIDUR DIBUAI MIMPI PALSU…….

Kejahilan dan kenaifan umat Islam terbukti pada bendera rasmi negara di mana simbol bulan sabit dan bintang dijadikan sebagai simbol IKON NEGARA

“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”

 (Surah Yusuf : Ayat 106)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

(Surah Yusuf : Ayat 108)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 120)

Benarkah botol plastik bahaya digunakan lebih daripada sekali.

Pendahuluan

Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula? Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Resin Identification Symbol System (SPI)

Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan berikut : Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE), High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena (PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)

Penggunaan kod SPI adalah bertujuan untuk menyembunyikan tahap bahaya bahan kimia terhadap produk plastik di pasaran

Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru telah muncul di pasaran dunia.

Jenis-Jenis Bahan Plastik

Setelah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Resin Identification Symbol System (SPI) secara sepintas lalu. Maka di sini ingin saya menerangkan serba sedikit jenis-jenis bahan plastik yang digunakan bagi tujuan rujukan dan makluman bersama. Bersama ini diterangkan jenis-jenis bahan plastik dan kesan terhadap manusia.

Jenis-jenis bahan plastik yang berada di pasaran

Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET)

Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.

Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)

Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.

Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)

Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.

Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)

Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.

Kod No. 5 - Polypropylene (PP)

Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.

Kod no. 6 – Polystyrene (PS)

Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.

Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)

Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.

Kesimpulan

Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. Saya menyeru dan menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama. Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7. Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan keburukan dan kesan bahan plastik ini kepada manusia, sila tontoni klip video yang dimuatkan di bawah ini.

Sumber Rujukan :

http://www.plasticsindustry.org/AboutPlastics/content.cfm?ItemNumber=823

http://www.natureworksllc.com/the-ingeo-journey/end-of-life%20options/recycling/~/media/The_Ingeo_Journey/EndofLife_Options/plastic_codes/2008_04_10_plastic_code_guidelines_pdf.pdf

 

Apakah ramuan rahsia Coke

Pendahuluan

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.

Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.

Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa. Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Resipi Merchandise 7X Flovaring

Ramuan Rahsia Coca-Cola "Merchandise 7X Flavoring"

Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri. Mesteri ini hanya terjawab apabila sebuah gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton’s yang disiarkan oleh Atlanta Journal – Constitution pada 8 Februari 1979. Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”. Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut. Merujuk kepada petikan sumber di dalam artikal bertajuk “Original Recipe” yang diterbitkan oleh This American Life menceritakan maklumat berikut:

“Kami tidak mendakwa bahawa kita telah menemui resipi yang digunakan hari ini untuk Coca-Cola. Kami percaya kami mendapati resipi yang sama ada resipi asal yang dibuat oleh pencipta Coke, John Pemberton, atau versi Coca-Cola bahawa dia dibuat sama ada sebelum atau selepas produk berada di pasaran pada tahun 1886. Kami percaya bahawa kerana ia didapati di dalam buku sahabatnya, pada halaman yang bertajuk “Coco-Cola resipi bertambah baik,” dan kerana ia dijumpai dalam komputer riba sendiri Pemberton, di arkib Coca-Cola.”

Coca-Cola Haram

Kesan daripada penyiaran artikel mengenai Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya. Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya. Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.

Isu pengambilan Coke yang keterlaluan menjadi topik hangat di seluruh dunia

Namun begitu, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepada penyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi. Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob. Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah. Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan kematian segera.

Hina Islam

Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam

Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi  tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

10 Kegunaan Coca-Cola

Berdasarkan kepada kajian  santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai kebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :

  1. Sektor Makanan (Untuk merebus) : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.
  2. Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas) : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?
  3. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome) : Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.
  4. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta) : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
  5. Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat) : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian) : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit) : Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
  8. Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak) : Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
  9. Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman) : Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba  bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.
  10. Sektor Perubatan (Untuk melebur) : Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang. (Sila lihat klip video di atas)

Kesimpulan

Faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini. Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.

Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.

Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam. Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOT atau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM.

Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesama ISLAM. Ini kerana hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dengan mafhumnya :

“ Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah Arra’d - Ayat 11)

 

Sumber Rujukan :

http://newsfeed.time.com/2011/02/15/is-this-the-real-thing-coca-colas-secret-formula-discovered/

http://www.mohamadazhan.com/2010/12/bahaya-coca-cola-fatwa-coca-cola-haram.html

http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe

http://www.islam.com/reply.asp?id=805484&ct=8&mn=805484

Anda Pengunjung Ke

  • 58,152 hits

Kalendar

Mei 2012
I S R K J S A
« Mac    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Kategori

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers

Arkib

Watch videos at Vodpod.

Flickr Photos

1/4 daguerreotype plate in hand

I wonder as I wander...... explored...... Front page (Thanks) :)

The guardian

Lazy Lass [eXPLoReD]

Colorado Moon To Milk

Alte Elbbrücke [explored]

Explore!

Flooding the rice fields VIII (after the rain)

More Photos
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.